Trending

Tular Gambar Seorang Lelaki Maut, Terjun Dari Bangunan KLCC

Published on

Hari ini, seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC). Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 1.52 tengah hati tadi.

Menurut laporan Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah hanya mampu mengesahkan yang kejadian terjun dari KLCC itu membabitkan seorang lelaki.

Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.

Sebelum itu, tular di media sosial gambar seorang lelaki terbaring yang dipercayai telah bunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan KLCC.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version