Masih dalam pakaian pengantin, si isteri seolah-olah berbangga merakam aksi suami menanggalkan setiap aksesori yang dipakainya di kepala.
Trend seperti itu sudah tentu menerima kecaman dan kritikan hebat daripada orang ramai. Mereka mula mempersoalkan adakah wanita zaman sekarang sudah hilang rasa malu.
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri turut memberi teguran kepada pengantin yang tanpa segan silu melakukan trend itu.
Jelasnya, perbuatan mendedahkan aurat adalah haram apatah lagi apabila suami mendedahkan sendiri aurat isteri. Tindakan berbangga dengan content haram semata-mata untuk meraih tontonan ramai adalah sangat mengecewakan.