Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa mengira pangkat mahupun darjat seseorang itu.
Menerusi video yang dimuatnaik pengguna TikTok bernama rhydwansaputra, dapat dilihat dua orang buruh yang sedang nyenyak tidur itu disimbah dengan air oleh seorang individu yang dipercayai merupakan majikannya.
Kedua-dua buruh itu bingkas bangun dari tidur mereka dan membuatkan terkejut serta terpinga-pinga akibat disimbah air.
Jangan terlalu zalim
Video yang tular dan mendapat tontonan hampi 4.5 juta itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka menyelar tindakan individu yang menyimbah air itu dan menasihati untuk tidak menzalimi sesama manusia.
Berbuat baiklah sesama manusia kerana hidup ini ibarat putaran sebuah roda. Mungkin satu hari nanti, perbuatan kita itu akan dibalikkan kembali kepada kita ataupun ahli keluarga kita yang lain.