Oh! Tidak

Tiga Beradik Keluar Beli Aiskrim Maut Kemalangan, Suami Isteri Akui Ujian Terlalu Berat

Published on

Tak dapat kita nak bayangkan macam mana perasaan seorang ibu dan bapa yang terpaksa menerima takdir kehilangan tiga orang anak dalam sekelip mata. Itulah apa yang dilalui Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman dan isteri selepas tiga daripada lima orang anak mereka meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 7 Jalan Benta/Lamir, Kampung Langgar, Pekan tengah hari semalam. Sebelum kejadian, dua orang anaknya Nik Nur Faqihah, 11 dan Nik Ikram Nuqman, 5 ingin membeli aiskrim dan di bawa keluar bersama abang mereka Nik Ikram Idwan, 15.

Saya seolah tidak percaya apabila isteri menghubungi memberitahu tiga anak kami maut dalam kemalangan. Namun apabila melihat gambar mereka, hati saya begitu sayu.

Terlalu berat untuk menerima takdir ini namun saya reda. Ini ujian berat perlu saya dan isteri terima. Dalam sekelip mata tiga daripada lima anak saya meninggalkan kami tanpa disangka.

Ketika kejadian, motosikal dinaiki tiga beradik itu telah terbabas masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis MPV.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version