Trending

Tiga Anak Perempuan Lahir Pada Tarikh Yang Sama

Published on

Kristin Lammert, ibu kepada tiga anak perempuan tidak pernah menyangka akan melahirkan ketiga-tiga anak perempuannya pada tarikh yang sama, cuma berbeza tahun.

BACA: Penantian Penuh Bermakna, Elly Mazlein Selamat Lahirkan Anak Kedua

Ketiga-tiga anak perempuan Lammert dilahirkan pada tarikh yang sama, dan berbeza tiga tahun untuk setiap seorang anaknya itu.

25 Ogos tarikh istimewa

Semasa Lammert disahkan mengandung anak keduanya, Giuliana, tarikh kelahirannya dijangka sama dengan anak sulungnya, Sophia. Jadi, Lammert sudah bersedia dan yakin bahawa anaknya itu akan mendapat tarikh kelahiran yang sama seperti kakaknya.

Namun, siapa sangka, untuk anak ketiga ini, Mia dilahirkan pada tarikh yang sama juga seperti kakak-kakaknya walaupun sudah tiga tahun kemudian. Ketiga-tiga anak perempuan Lammert dilahirkan pada 25 Ogos, menjadikan tarikh ini sebagai tarikh yang sangat istimewa buat keluarganya.

Saya pada mulanya hanya bergurau mengenai kelahiran anak kedua dan anak ketiga pada tarikh yang sama.

Walaupun sekadar bergurau, saya masih menaruh harapan supaya ia benar-benar berlaku.

Ibu kepada tiga orang puteri ini menyatakan bahawa anak sulungnya berumur 6 tahun, anak kedua berumur 3 tahun dan yang bongsu berusia 2 bulan.

Kelahiran tiga anak pada tarikh yang sama sangat jarang berlaku, dan menurut Dr Christine Greves, doktor di Hospital Winnie Palmer di Orlanda, Florida, mengatakan bahawa situasi ini sangat pelik dan ahli statistik juga mengatakan perkara ini sukar untuk dikira.

Pelik-pelik pun, boleh berlaku. Besar betul kekuasaan Tuhan. Semoga anak-anak Kristin Lammert ini membesar dengan sihat dan bijak. Mana tahu nanti lagi tiga tahun kita dapat berita anak keempat pun dapat tarikh yang sama? Haa nantikan!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version