Connect with us

Oh! Media

“Tidur Di Surau, Tanpa Tilam Tanpa Toto” – Cikgu Mohd Fadli Salleh Kongsi Keadaan Calon SPM Di Tumpat

Ohmedia spm 2

Trending

“Tidur Di Surau, Tanpa Tilam Tanpa Toto” – Cikgu Mohd Fadli Salleh Kongsi Keadaan Calon SPM Di Tumpat

Meskipun banjir besar melanda beberapa negeri, ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Disember ini.

Setakat ini, jumlah calon terjejas termasuk Kelantan (3,111 calon), Terengganu (1,734 calon), dan Kedah (532 calon).

Keadaan calon SPM di Tumpat, tidur beralaskan tikar

Spm

Di Facebook, Cikgu Mohd Fadli Salleh memuat naik keadaan terkini calon SPM yang berada di Tumpat Kelantan.

IKLAN

Katanya, asrama dan khemah yang disediakan sudah penuh menyebabkan ada calon terpaksa tidur di dalam surau beralaskan tikar je.

Calon Spm

Namun begitu, Cikgu Mohd Fadli Salleh mendoakan semoga pelajar-pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik.

Dik, buat yang terbaik esok dan seterusnya ya. Bila adik besar dan berjaya nanti, manakan tahu kalian ada yang jadi menteri pendidikan, abang yakin adik akan tangguhkan exam bila bencana seperti ini melanda negara suatu nanti.

Cikgu Mohd Fadli menjelaskan, keadaan terkini tersebut diterimanya hasil kiriman seorang calon SPM. Calon SPM itu juga bertanyakan mengenai sokongan psikososial yang dijanjikan KPM untuk membantu calon terkesan.

KPM bersedia dengan SOP Ops Payung

Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan KPM bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk kelancaran peperiksaan SPM.

Jelas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, keputusan meneruskan Ujian Bertutur SPM dibuat selepas mendapat nasihat NADMA.

PIhaknya juga mengambil kira ramalan situasi MTL oleh MET Malaysia yang dijangka berlanjutan sehingga Februari 2025.

Setakat ini, jumlah calon terjejas termasuk Kelantan (3,111 calon), Terengganu (1,734 calon), dan Kedah (532 calon).

Calon terjejaskan akan dipindahkan ke pusat peperiksaan alternatif dengan kemudahan seperti makanan berkualiti dan sokongan psikososial oleh JPN.

Calon-calon ini telah atau akan dipindahkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dengan selesa dan mengikut jadual.

Fadhlina turut menegaskan calon dibenarkan memakai pakaian bersesuaian, alat tulis akan disediakan, dan petugas peperiksaan yang terjejas akan diganti.

#OhmediaNasihat

Walaupun serba kekurangan, ketabahan calon SPM menghadapi peperiksaan dalam bencana harus diberi pujian.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mereka menjawab kertas peperiksaan dengan tenang dan lancar. Semoga berjaya!

Ohmedia spm 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Mohd Fadli Salleh | Malaysia Gazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas