
Trending
”Tiada Siapa Akan Dipaksa Tinggalkan Gaza” – Donald Trump
Donald Trump umum pelan damai Gaza, janji tiada rakyat Palestin akan diusir dan semua tebusan bakal dibebaskan awal minggu depan.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa pelan gencatan senjata 20 perkara yang dicadangkannya untuk menyelesaikan konflik di Semenanjung Gaza telah dimuktamadkan sepenuhnya, lapor TRT Global semalam.
Menurut laporan Kosmo, Trump menegaskan bahawa pelan tersebut tidak akan melibatkan pengusiran mana-mana rakyat Palestin dari tanah air mereka.
Tiada siapa yang akan dipaksa untuk meninggalkan Gaza. Tidak, malah sebaliknya. Kami langsung tidak berhasrat untuk melakukan perkara itu.
“Pelan yang hebat” – Donald Trump

Trump menggambarkan pelan tersebut sebagai satu “pelan damai yang hebat” yang dikatakan telah mendapat sokongan semua pihak.
Beliau menjawab persoalan wartawan mengenai sama ada rakyat Palestin bakal diusir di bawah pelan tersebut, sekali gus menafikan dakwaan berkenaan.
Ini adalah satu pelan yang hebat. Ini pelan damai yang hebat. Ini pelan yang mendapat sokongan semua pihak.
Bakal lawat Asia Barat dan jangka tebusan dibebaskan

Dalam sidang media yang sama, Trump turut mendedahkan bahawa beliau akan melawat Asia Barat hujung minggu ini, dipercayai berkait rapat dengan pelaksanaan pelan damai tersebut.
Saya rasa semua tebusan akan dibebaskan pada Isnin atau Selasa depan. Saya mungkin akan berada di sana (Gaza). Kami merancang untuk berangkat pada Ahad ini dan saya menantikannya.
Pssttt! Semoga pelan damai ini benar-benar membawa sinar baharu buat rakyat Palestin yang sudah terlalu lama menderita. Dunia perlukan lebih banyak tindakan, bukan hanya janji dan kata-kata.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
