Oh! Inspirasi
“Tiada Cerita Kedai Mesin, Gaduh” – Borak Pasal Result SPM, Khairul Aming Dan Mat Luthfi Undang Perhatian
Di TikTok, tular video sesi langsung menampilkan dua pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan Mat Luthfi, yang sedang berborak mengenai pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing.
Perbualan ini bukan sahaja mencuit hati, malah memberi inspirasi kepada ramai. Dalam perbualan itu, Khairul Aming cuba mengenali lebih dekat biodata Mat Luthfi dan teruja apabila mendapat tahu Mat Luthfi memperoleh keputusan 11 A1 dan 1 A2!
Khairul Aming dan Mat Luthfi cerita result SPM!
Sebagai seorang usahawan yang berjaya dengan jenama Sambal Nyet, Khairul turut berkongsi tentang angan-angannya dulu untuk mencapai keputusan penuh ‘straight’ A1.
Namun, rezekinya berbeza. Tahun dia menduduki SPM, sistem gred telah diubah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada A+, A, dan A-.
Tahun aku tu, first time dia tukar gred jadi A+, A, A-. Aku dapat 6 A+ dan 4 A. Sedih sikitlah.
Perbualan dua influencer ini nyata menarik perhatian netizen. Ramai yang kagum dengan pencapaian akademik mereka, menjadikan mereka contoh inspirasi kepada anak muda.



#OhmediaNasihat
Dalam mengejar impian, jangan lupakan pendidikan kerana ia adalah aset penting untuk masa depan. Jadikan pempengaruh seperti Khairul Aming dan Mat Luthfi sebagai inspirasi. Mereka membuktikan bahawa pencapaian akademik dan kejayaan dalam kerjaya boleh seiring.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @khairulamingfans_
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM