Trending

Terpisah Dari Kecil, Gadis Minta Bantuan Netizen ‘Jejak’ Ayah, Dalam 24 Jam Jumpa!

Published on

Dengan ‘kuasa’ netizen, seorang gadis akhirnya berjaya menjejaki bapa yang terpisah dari kecil. Dalam hantaran di Twitter, gadis itu menyertakan dua keping gambar menunjukkan bapanya ketika muda.

BACA: “Saya Buntu, Tarikh Nikah Semakin Hampir”, Gadis Mohon Bantuan Orang Ramai Untuk Jejak Ayah Kandung

Kata gadis itu lagi, dia hanya mahu mencuba nasib jika ada sesiapa yang mengenali bapanya yang dikenali sebagai ‘Junior Liew’.

Siapa sangka, kurang daripada 24 jam akhirnya mereka akhirnya bertemu semula dan bertentang empat mata menerusi panggilan video. Alahai sebak pula rasanya.

Gadis yang dikenali sebagai Cinta mengucapkan terima kasih di atas bantuan netizen menjejak bapanya. Semasa panggilan video itu neneknya dilihat menangis teresak sambil menunjukkan gambarnya semasa kecil.

Katanya, misi seterusnya adalah mengumpul wang membeli tiket penerbangan ke Sabah. Semoga urusan gadis ini dipermudahkan.

Kredit: Twitter cintadatsme

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version