Satu video telah tular memaparkan seorang graduan telah dihantar terus oleh anggota RELA ke majlis konvokesyen dengan menaiki motosikal. Eh, betul ke ni?
Video menarik tersebut telah mendapat hampir 757.5k views dan hampir 65.2k likes di TikTok.
Jalan ‘jammed’ teruk
Menurut pemilik kepada video itu, mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan terpaksa meminta bantuan seorang anggota RELA yang kebetulan menaiki motosikal bersebelahan kereta mereka.
“Akak boleh tak tolong hantarkan dia naik moto”, kan. Lepas itu, akak tu cakap “okay jom!”. Nasib baik la dia sempat sampai, Alhamdulillah. – pemilik video
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet berasa terhibur dan salute dengan tindakan cepat anggota RELA tersebut dalam menjalankan tugas.
Wah, ini confirm kenangan yang tak boleh dilupakan oleh graduan itu. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan.