Baru-baru ini, pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan mengenai suami didakwa dayus apabila membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.
Menurut Ustaz Azhar, beranak adalah kritikal kerana berkaitan dengan dua nyawa. Jika tiada doktor wanita, adalah tak berdosa jika doktor lelaki menguruskannya.
Terbaru, Ustazah Siti Afifah membidas kenyataan Ustaz Azhar itu dengan menyatakan soal beranak adalah hal wanita.
Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz. Masalah wanita.
Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus ni Allah Taala. Jadi, apa ustazah nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang.
Soalnya, adakah ustaz pernah duduk dalam situasi wanita bersalin. Adakah ustaz pernah merasai sakitnya melahirkan seorang anak.
Tak redha jadi bahan uji kaji doktor pelatih
Ustazah ini turut menyebut mengenai doktor-doktor pelatih yang sesuka hati ‘merobek’ kemaluan wanita. Beliau bertanya apakah pendapat ustaz berkenaan hal itu.
Sampaikan kepada kerajaan bahawa kami ni wanita-wanita yang suaminya tak mampu tapi kami tak redha kami dijadikan bahan uji kaji. Ustaz tahu tak sakit bawah kena rodok macam mana?
Tau tak cara mereka rodok macam mana ustaz? Bukan seorang, bukan dua orang.. kang nanti orang ni masuk. Belum lagi tangan yang bukan Muslim masuk ustaz. Tangan lelaki ni ustaz tahu macam mana?
Beliau turut tanya apakah usaha ustaz sebagai ulama’ untuk mempertahankan maruah wanita di mana suaminya tak berkemampuan. Dengan pengikut dan pengaruh yang besar, apakah usaha yang diambil Ustaz Azhar Idrus?