Menerusi laporan Utusan, almari kayu itu berukuran 75 sentimeter (cm) tinggi dan 100 cm panjang. Warga emas yang bernama Samiyah ini terpaksa menggunakan perabot itu kerana dibelenggu kemiskinan.
Membengkokkan kaki untuk masuk dalam almari
Samiyah telah kehilangan suaminya sejak 7 tahun lalu dan kini, untuk menyara kehidupannya, dia menjual kopi, mi segera dan rokok di Geteng, Surabaya untuk mendapat 50,000 rupiah, dalam RM14 sehari.
Samiyah juga menyatakan bahawa dia terpaksa membengkokkan kakinya sewaktu memasukkan tubuhnya ke dalam perabot itu kerana ukurannya tidak terlalu besar.
Saya meminta tukang perabot buatkan almari ini dan membayarnya 300,000 rupiah (RM87) kerana saya takut tidur di luar.
Walaupun kecil, tapi almari ini membuatkan saya berasa sangat selamat dan tenang.
Samiyah menggunakan duit hasil jualannya untuk membeli makanan dan barang keperluan yang lain. Almari yang dijadikan tempat tidur ini ditempah dari tukang perabot, dan membayar RM87 untuk upahnya.
Menurut Utusan, kad pengenalannya telah dirampas polis selepas didakwa telah melanggar undang-undang.
Warga emas ini menyatakan bahawa dia tidak mahu meraih simpati masyarakat, tapi berharap agar diberi kesihatan untuk terus mencari rezeki demi menyara kehidupannya. Semoga nenek Samiyah terus tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini.