Setiap kali musim perayaan, pasti ahli keluarga kita akan mengadakan rumah terbuka bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang hari raya sesama keluarga. Suasana rumah terbuka itu pastinya akan menjadi riuh dan kecoh, lebih-lebih lagi apabila ada di kalangan ahli keluarga kita yang jenis ‘masuk air’.
Tular satu video yang dimuat naik @naeimsyafiq di TikTok, menunjukkan suasana hari raya yang disambut mereka sekeluarga. Dapat dilihat ia menjadi kecoh dan riuh ketika sesi pemberian duit raya kepada seisi keluarga.
Apa yang mencuri perhatian netizen ialah, gelagat seorang lelaki dalam video tersebut yang mengenakan tudung sebagai taktik penyamarannya dan berbaris untuk mendapat duit raya untuk kali yang kedua.
Akan tetapi, kelicikannya itu disedari lantas kepalanya dihempuk oleh tuan rumah membuatkan mereka semua yang berada di situ ketawa terbahak-bahak.
Netizen geli hati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima dengan bunyi ketukan yang agak kuat diterima lelaki yang mengenakan tudung berkenaan.