Kadang-kadang, tindakan sesetengah pemandu yang pentingkan diri akan menyebabkan pemandu-pemandu lain yang mematuhi undang-undang jalan raya terkena tempiasnya.
Rakam aksi tidak bayar tol
Tular satu video dimuatnaik pengguna bernama anakjantan96 di TikTok yang menunjukkan seorang lelaki mengekori rapat sebuah kenderaan di hadapannya ketika berada di laluan tol.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemandu tersebut telah melakukan perbuatan yang salah itu sebanyak dua kali.
Habis lah bang polis cari
Perkongsian yang dimuatnaik itu mula tular dan mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka menyelar tindakan pemuda berkenaan yang mencucuk kenderaan di hadapannya kerana enggan membayar tol.
Haihh masih ada lagi pemandu bersikap begini di atas jalan raya. Harap-harap mereka ni ditangkap pihak berkuasa. Barulah sedar langit tu tinggi atau rendah.