Umum sedia maklum, tindakan berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban yang terkenal dengan jolongan New Zealand Malaysia adalah sangat bahaya.
Walaupun mempunyai pemandangan yang menarik, kawasan itu bukanlah tempat yang sesuai untuk bergambar atau berkumpul kerana boleh mengundang risiko kemalangan.
Seperti video viral ini, sebuah kereta hampir dihempuk rider menggunakan pouch bag dipercayai kerana berang kenderaan membunyikan hon.
Menerusi laporan mStar, pemilik kenderaan bernama Wahab Hamzah menjelaskan kereta waktu itu dipandu oleh isteri. Dia yang berada di bahagian penumpang hadapan meminta isteri hon untuk beri amaran kepada seorang rider yang berada di luar garisan putih.
Ketika itu mereka dalam perjalanan dari Serdang Selangor ke Kampung Kerangai Jelebu Negeri Sembilan.
Saya minta isteri bunyikan hon sebab lelaki itu mengganggu laluan dan mahu memberi peringatan yang dia berada di luar garisan, bahaya untuk dia dan pengguna jalan raya lain.
Dia tak menyangka lelaki itu memberi tindak balas mahu menghempuk keretanya dengan objek sedangkan dia bukannya mahu cari gaduh.
Selepas insiden itu dia meneruskan perjalanan dan tidak membuat sebarang laporan polis kerana tiada kerosakan pun berlaku.