Baru-baru ini tular screenshot kononnya Khamis minggu depan (3 Februari) merupakan cuti kelepasan am untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang dianjak daripada 1 Februari.
Dakwaan itu walau bagaimanapun disangkal Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook semalam.
JPM merujuk pada tangkap layar yang cukup viral di aplikasi Whatsapp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)’.
Orang ramai juga diminta tidak sewenang-wenangnya berkongsi mengenai maklumat yang tidak benar.