Oleh disebabkan punca kebakaran yang belum dikenal pasti, segelintir netizen mendakwa bahawa kebakaran tersebut bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans. Eh yeke?
Henti sebar fitnah
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel meminta agar pihak netizen untuk menghentikan dakwaan yang tidak berasas itu.
Beliau mengatakan bahawa tindakan sengaja membakar wisma itu demi tuntutan insurans disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim juga menasihatkan netizen bahawa dakwaan seperti itu boleh memakan diri jika pemilik Jakel mula mengambil tindakan undang-undang.