Connect with us

Oh! Media

Tak Ambil SPM Di Sekolah Asal, Suspek Kes Salah Laku Seksual Di Melaka Dibuang Serta-Merta

Ohmedia calon Spm

Trending

Tak Ambil SPM Di Sekolah Asal, Suspek Kes Salah Laku Seksual Di Melaka Dibuang Serta-Merta

KPM sahkan pelajar terlibat kes salah laku seksual di Melaka dibuang sekolah serta-merta dan hanya dibenar ambil SPM di pusat khas.

Dalam perkembangan terkini kes salah laku seksual melibatkan empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Melaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan keempat-empat suspek telah dibuang sekolah serta-merta,

Lembaga tatatertib sekolah putuskan hukuman buang sekolah

Rogol Melaka

Dalam laporan Astro Awani, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad berkataLembaga Tatatertib Sekolah yang bersidang pada Isnin juga memutuskan hak suspek sebagai calon peperiksaan tetap diberikan, namun mereka tidak akan menduduki SPM di sekolah asal.

Pada waktu ini semua murid yang menjadi suspek kes telah ditahan reman polis, dan kebenaran untuk mereka mengambil SPM tidak bermakna mereka terlepas daripada hukuman. Ia tidak mengganggu proses undang-undang yang sedang berjalan.

Tambahnya, suspek berkemungkinan menduduki SPM di pusat tahanan atau tempat khas yang berasingan dengan calon lain.

IKLAN
Spm

Tindakan ini membuktikan ketegasan KPM dalam menangani sebarang bentuk salah laku serius di sekolah dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan pelajar lain sentiasa diutamakan.

Masyarakat diseru supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses undang-undang.

Pssttt! Langkah tegas KPM ini sememangnya wajar bagi memastikan pelajar memahami bahawa sekolah bukan tempat untuk berperilaku tidak bermoral. Semoga keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas