Tak lekang dek kontroversi, bekas penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dia didakwa telah mempersendakan kematian seorang individu yang meninggal dunia semasa pandemik. Kesan daripada itu, keluarga Allahyarham itu bertindak membuat laporan polis, semalam.
Hal itu disebabkan oleh hantaran yang dibuat Suhaimi di laman Facebooknya yang membalas status tentang kematian Arwah, dilihat menghina Allahyarham Datuk Zulkefli Nordin selain turut meluahkan rasa syukur atas pemergian individu berkenaan pada 13 Jun lalu.
Dia dah mati. Alhamdu lillah. Allah bayar cash (tunai). Kalau Allah bayar cara hutang lagi berat.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook bernama Amalina Farhana yang merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Zulefli Nordin yang turut mendedahkan beberapa individu termasuk Suhaimi yang memfitnah ayahnya meninggal dunia disebabkan suntikan vaksin.
Yang meninggal tu ayah saya, arwah baru meninggal semalam (Kelmarin). Tindakan susulan telah pun dibuat kepada pemfitnah. Mohon laporkan kalau jumpa
Tindakan yang dibuat oleh Suhaimi menyebabkan orang ramai mula mengecam tindakannya selain turut menyifatkan tindakannya itu sebagai biadap dan tidak sensitif terhadap kematian Allahyarham.
Walaubagaimanapun, Suhaimi dilihat telah membalas status berkenaan mengatakan sudah pun memadam status berkaitan Allahyarham, tetapi menyerahkan kepada pihak keluarganya andai ingin meneruskan tindakan lanjut.