Trending

SSR Kumpul RM92,800 Dalam Masa Sehari, Kempen Tabung Bantuan Kini Ditutup

Published on

Susulan tindakan kompaun yang dikenakan terhadap 31 peserta perhimpunan di Dataran Merdeka, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dalam satu kenyataan semalam memohon bantuan orang ramai untuk menyelesaikan denda berjumlah RM62,000.

Peserta perhimpunan telah dikompaun RM2,000 bagi setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA: SSR Mohon Bantuan Bayar Kompaun Peserta Perhimpunan RM62k

Terkini, Kosmo! Online melaporkan dalam masa sehari SSR berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM92,800 melibatkan transaksi daripada 688 individu.

SSR dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menghulurkan bantuan kepada tabung guaman dan kompaun peserta acara nyalaan lilin tersebut.

Ia melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan.

Dalam masa yang sama, SSR memaklumkan pihaknya akan membuat perincian jumlah perbelanjaan bagi memastikan ketelusan mengendalikan sumbangan yang diterima daripada orang ramai. Perincian tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan seramai 31 ahli terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan selepas dipercayai melanggar SOP kerana berkumpul selepas jam 8 malam.

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version