Bahagian lehernya pula ditekan menyebabkan rider sukar untuk bernafas. Meskipun perakam merayu supaya rider dilepaskan, ‘security’ blazer merah itu masih berdegil.
Kejadian kt HSBC menara IQ @ TRX. X pasti kejadian semalam atau pagi ni. Kata org yg share tu, guard x bg rider naik atas tapi rider ckp customer suruh naik. Rider x puas hati gi maki guard. Guard call brader brazer merah mintak turun. pic.twitter.com/sP8kquiktg
Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada rider yang dilarang memasuki premis bangunan oleh pengawal keselamatan.
Tetapi, pelanggan wanita bertegas mahu rider masuk menyebabkan berlaku pergaduhan di antara pengawal dan rider.
Pengawal keselamatan warga asing itu kemudiannya memanggil individu lain untuk bantuan menyebabkan situasi semakin tegang
Dalam video, kedengaran perakam memarahi lelaki yang bertindak kasar terhadap rider sedangkan rider langsung tidak melawan.
Perakam juga mahu bertanggungjawab jika kemasukan rider ke premis itu adalah satu kesalahan. Tetapi tak patutlah lelaki blazer merah tu gunakan kekerasan, sampai separuh nyawa dikerjakan.
Lapor mStar, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superitendan Nazron Abd Yusof mengesahkan menerima laporan dan kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan telah dibuka.
Di ruangan komen, netizen memohon rider mengambil tindakan undang-undang dan menuntut keadilan di atas kekerasan yang berlaku.