Trending

Selepas KFC Dan McD, Kini Lori Milo Depan Pintu Istana Negara!

Published on

Sumber gambar dari Twitter @abdullah_karim

Sejak beberapa hari lepas, Istana Negara telah menjadi tumpuan petugas-petugas media bagi mendapat info terkini tentang keadaan politik semasa yang sedang bergolak. Ini memaksa petugas-petugas berkenaan berkampung didepan pintu Istana bagi mengelakkan mereka terlepas maklumat -maklumat penting tentang kemelut politik yang melanda.

Memahami situasi berkenaan, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan membelanja petugas-petugas makan sepanjang dua hari ini, antaranya Mcd dan KFC. Namun hari ini Ohmedia dapat info yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @abdullah_karim pagi ini didepan pintu masuk Istana Negara, sebuah lori Milo menyediakan minuman percuma untuk petugas-petugas media disana.

Tidak dapat dipastikan bahawa lori Milo berkenaan merupakan inisiatif Baginda YDPA atau inisiatif dari syarikat air itu sendiri. Tweet berkenaan telah mendapat reaksi dari netizen.

OHMEDIA: BAGUS BETUL INISIATIF YANG DILAKUKAN. SEDIKIT SEBANYAK IA DAPAT KURANGKAN DAHAGA PETUGAS-PETUGAS MEDIA DISANA.

Sumber: Twitter @abdullah_karim

+ Baca respon pembaca tentang lori milo depan pintu istana negara di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version