Tular di media sosial semalam, motosikal penghantar makanan disita penguatkuasa kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu tamat tempoh dan tiada insurans.
Kejadian itu menimbulkan rasa simpati masyarakat kerana penghantar makanan dilihat berjalan kaki dengan menyandang beg penghantaran di belakang badannya.
Susulan itu, pempengaruh terkenal Aisar Khaled tampil menghadiahkan sebuah motosikal baru. Tak habis di situ, ada pula syarikat yang menawarkan pakej umrah secara percuma namun ditolak rider itu dengan alasan mahu menjaga isterinya yang baru bersalin.
Tetapi, ada netizen merasakan amalan sebegini seolah-olah menormalisasikan perkara yang salah. Masyarakat dibimbangi memandang rendah penguatkuasaan undang-undang yang dikenakan.
Terdahulu, JPJ memaklumkan terpaksa menahan dan menyita motosikal rider tersebut kerana roadtax tamat tempoh dan tiada insurans. Jika berlaku kemalangan, ianya akan menyusahkan rider itu sendiri termasuk pengguna jalan raya yang lain.