Mana taknya, hampir kesemua rakyat meluahkan situasi yang hampir sama selepas terpaksa pulang hampa meskipun mereka sudah beratur lama daripada pagi.
Beratur dari jam 6.00 pagi tapi pukul 8.15 pagi nombor dah habis
Terbaru, tular satu video dikongsi pengguna TikTok yang berkongsi pengalamannya yang tiba seawal jam 6.00 pagi untuk mendapatkan nombor giliran.
@dak_along_je Letih la camni.. kena perbaiki kaedah yg lebih baik utk rakyat. @Jabatan Imigresen Malaysia @IMIGRESEN_MALAYSIA @Jabatan Imegresen malaysia ♬ bunyi asal – Abg Long
Namun begitu, pemuda tersebut terpaksa pulang dalam keadaan hampa selepas nombor giliran disahkan sudah pun habis hanya selepas 15 minit kaunter dibuka.
Beratur jam 6 pagi. Kaunter buka jam 8.00. Jam 8.15 pagi nombor dah habis. Sehari 90 nombor je. Kena beratur jam 2 atau 3 pagi katanya.. Baik pacak khemah depan kaunter je.
Menerusi video itu juga, dapat dilihat pegawai yang bertugas memberikan penjelasan kepada yang hadir bahawa kuota bagi pelanggan yang datang ketika hari biasa adalah lebih kurang 100 ke atas manakala urusan di kaunter pula mengambil masa satu jam untuk 10 orang pelanggan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut pelik dengan situasi yang berlaku ini dan meminta agar pihak kerajaan membuat satu inisiatif agar isu ini dapat ditangani dan ditambah baik.