Trending

“Saya Suka Warna Kuning” – Usahawan Mengaku Salah, Tak Tahu Glove Kuning Untuk Pencucian

Published on

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur usahawan makanan, Dania Sedek kerana menggunakan glove berwarna kuning untuk menggaul air asam.

BACA: Peniaga Dikecam Jual ‘Thai Omellete’ RM13, Ini Penjelasannya

Menurut KKM, glove itu sebenarnya digunakan untuk kerja-kerja mencuci dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.

Jika hendak mengendalikan makanan, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat digunakan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

Menerima teguran dengan hati terbuka, Dania yang merupakan pemilik Tomyam Naise Viral Ipoh meminta maaf dan mengaku kesalahan yang telah dilakukan.

@daniasedek Replying to @nia🌧️ ♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna

Katanya, dia menyangka glove kuning adalah food grade dan kebetulan ia bertepatan dengan tema restoran iaitu merah kuning.

Saya suka warna kuning tapi yelah kali ini memang saya salah. InsyaAllah saya akan betulkan.

Dania berjanji akan melakukan yang terbaik dan berterima kasih di atas teguran yang membina.

Kredit: TikTok Dania Sedek | X KKM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version