Orang kata belajar adab dari orang yang tak ada adab. Mungkin situasi ni boleh digunakan oleh rakyat Malaysia yang tonton satu video viral, seorang pakcik dan keluarganya selamba gunakan stroller sebagai ‘kunci’ untuk melintas jalan raya.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Ah Wen, kelihatan pemandu kereta berhenti secara mengejut dek kerana ada pakcik dan keluarganya yang dipercayai mahu melintas menuju ke restoran nasi kandar.
Marah pemandu yang dah bagi laluan
Kalau melintas dengan beradab dan sopan, tak ada masalah. Tapi pakcik ni dah lah selamba melintas menggunakan stroller, bila pemandu dah bagi jalan, dia boleh tunjuk lagak nak marah pemandu pula. Apa cerita ni?
Netizen yang menonton video itu semua berasa marah dengan tindakan pakcik itu yang membahayakan nyawa keluarga dan anaknya.
Yela, kalau dia melintas dengan berhati-hati dan berhemah, tak ada orang nak marah. Ni pemandu dah berhenti mengejut untuk beri laluan pun dia nak marah?
Tak bagi terima kasih
Lintas macam ayam nak mati
Nasi kandar lagi penting dari nyawa
Tunjal sikit kepala dia
Korang yang baca ni, jangan jadi macam ni okay? Kita ambil iktibar daripada keluarga pakcik ni supaya tak mengulangi kesalahan yang mereka lakukan. Ingat, orang Malaysia kena lah jaga adab kan?