Harimau Malaya yang dibimbing jurulatih baharu, Kim Pan Gon berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong hasil jaringan Safawi Rasid dan Safiq Rahim.
Gelagat Akhyar selepas dijatuhkan mencuri tumpuan
Pada perlawanan yang berlangsung semalam, jaringan pertama dijaringkan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid selepas pemain negara, Akhyar Rashid dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain Hong Kong.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah reaksi muka yang ditunjukkan Akhyar selepas berjaya mendapatkan sepakan penalti buat pasukan negara.
Menerusi video yang berjaya dirakam pengguna bernama Red Hawks di TikTok, Akhyar dilihat menjelirkan lidahnya ketika rakan sepasukan yang lain cuba membantunya untuk bangun selepas berlaku pelanggaran bersama pemain Hong Kong.
Nak penalti kenalah ‘action’ lebih
Video yang tular di TikTok itu mendapat respon yang pelbagai dari netizen. Rata-rata mereka geli hati melihat reaksi yang ditunjukkan Akhyar itu dan berkata perkara itu biasa dalam bola sepak.
Apa-apa pon tahniah diucapkan buat pasukan negara yang meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.