Oh! Artis

Rizalman Ibrahim Tegur Peminat ‘Taksub’, Padam Ribuan Gambar Di IG

Published on

Pereka fesyen terkenal negara, Datuk Rizalman Ibrahim baru-baru ini mengundang kecaman apabila memberikan ikan salmon pemberian peminat kepada kucing peliharaan. Ramai yang menganggap tindakan Rizalman itu seolah-olah tidak menghargai usaha orang lain.

Terbaru, tindakan beliau memadam ribuan gambar di Instagram menimbulkan tanda tanya orang ramai. Hasil tinjauan di platform tersebut, hanya tinggal beberapa perkongsian sahaja. Beliau turut dilihat menegur kelakuan pengikutnya yang keterlaluan.

Menerusi beberapa hantaran yang dibuat di Instagram Story, Rizalman menegur segelintir pengikut setianya yang berkelakuan seolah-olah meratapi kehilangan. Beliau memohon pengikut diam dan menjaga tingkah laku dengan baik.

Di ruangan komen, peminat memohon pereka fesyen ini diberikan ruang untuk fokus kepada diri sendiri tanpa perlu memuaskan hati pengikut. Pengikut juga dinasihatkan supaya tidak terlalu taksub sehingga mengidolakan seseorang melampaui batas sepatutnya.

Bukan itu sahaja, beliau turut dilihat menukar bahagian bio di Instagram kepada ‘di sini bukan lagi panggung’. Ada yang mendakwa beliau tersinggung dengan isu yang berlaku kepadanya baru-baru ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version