Trending

“Ringankan Kewangan Rakyat Untuk Ramadhan” – Fasa 1 BKM Akan Mula Dibayar Bermula 28 Mac

Published on

Siapa dekat sini yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)? Haa, ni ada berita baik untuk korang! Pembayaran Fasa 1 BKM yang melibatkan peruntukan hampir RM2 bilion yang akan disalurkan kepada 8.6 juta penerima akan dibuat secara berperingkat, bermula 28 Mac ini.

BACA: Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10K – Ismail Sabri

Menerusi laporan Kosmo, bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 akan diterima oleh penerima BKM mengikut kelakayan masing-masing.

Dapat meringankan beban rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan penerima BKM merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bujang atau tidak ada pasangan dan 3.4 juta individu yang bujang.

Pembayaran ini akan meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443 Hijrah.

Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.

Bagi memastikan penerima BKM diterima oleh mereka yang betul-betul memerlukan dan layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka semula pada 2 Mei. Hal ini untuk memberi ruang kepada mereka yang tidak lulus bagi permohonan lepas.

Jadi, buat mereka yang dah lulus permohonan, jangan lupa check account bank mulai 28 Mac ni okay! Pastikan guna duit yang dapat itu untuk beli barang keperluan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version