Trending

Remaja 18 Tahun Maut, Kereta Terbakar Berlanggar Dengan Lori 10 Tan

Published on

Sungguh tragis buat seorang remaja apabila dia disahkan maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori seberat 10 tan.

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Memetik laporan Kosmo, mangsa, Derry Ronston Jong, 18 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat rentung gara-gara kereta dipandunya terbakar.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza didapati melecur sebanyak 20 peratus.

Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati sebuah lori 10 tan bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza sehingga menyebabkan kereta berkenaan musnah terbakar sepenuhnya.

Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza didapati melecur 20 peratus dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemandu lori berusia 55 tahun bersama kelindan lori berumur 49 tahun pula cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan.

Jelasnya lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version