Apa yang menarik perhatian netizen adalah sikap tenang isteri yang hanya mahu mendapatkan barang-barang peribadi miliknya. Dia tidak mengizinkan kekasih suaminya itu menggunakan barang-barangnya termasuk selimut dan kipas.
Dia terpaksa memecahkan tombol pintu menggunakan lesung batu kerana suami enggan membuka pintu bilik. Dia sempat menasihati wanita itu agar bersikap lebih ‘jual mahal’ dengan lelaki dan bakal ditinggalkan suatu hari nanti.
Setakat ini video telah meraih lebih 2 juta tontonan di TikTok.