Pendedahan mengenai perbuatan seksual mahupun perbuatan menyentuh tubuh badan yang tidak dibolehkan wajar diajar pada seseorang individu sewaktu kecil lagi.
Meskipun terlalu awal untuk didedahkan kepada si kecil, pendedahan ini sedikit sebanyak mampu melindungi si kecil dari sebarang ancaman walau di mana mereka berada serta dapat memberi kesedaran bahawa perbuatan menyentuh itu adalah satu perbuatan yang salah.
Cikgu semangat memberi pendedahan pada murid
Syok betul layan video Cikgu Ferdy ajar murid di sekolah pasal sentuhan tak selamat.
Bersemangat betul! Kalau macam ni cara penyampaian, anak2 ni pasti akan ingat.
Bkn senang nak fahamkan anak kecil bab ni. Tambah2 dlm kelas yg ada puluhan kanak2 ribena. 🤣 pic.twitter.com/fpjWKWE3xn
Semalam tular satu video seorang guru yang gigih dan bersemangat mengajar murid sekolah rendah mengenai sentuhan yang tidak selamat.
Video yang dikongsikan Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Twitter itu menunjukkan seorang guru yang bernama Cikgu Ferdy begitu bersemangat ketika mengajar mengenai bab berkenaan dengan caranya yang tersendiri.
Dapat dilihat meskipun pelajaran itu sukar untuk difahami murid yang masih lagi kecil, namun gaya mengajar yang digunakan cikgu itu dengan memaparkan carta anggota badan serta menjelaskan satu persatu bahagian badan yang tidak sopan untuk disentuh dilihat berkesan dan berhasil.
Comel cara cikgu mengajar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon yang positif serta berharap agar ibu bapa turut memberikan kesedaran begini kepada anak-anak.