Trending

“Rakyat Perlu Ubah Perangai, Kena Berjimat Cermat” – Harga Barang Dijangka Naik 30 Peratus

Published on

Pemansuhan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol yang dikatakan sebelum ini dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barangan sehingga 30 peratus.

BACA: Mulai 1 Julai, Subsidi Minyak Dan Harga Siling Ayam, Telur ‘Dimansuhkan’

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyatakan rakyat perlu melakukan perubahan dalam gaya hidup mereka untuk mengelakkan ‘terkesan’ akan kenaikan harga barang.

Rakyat lalui kehidupan tak mewah dan sederhana

Disebabkan kenaikan harga barangan, rakyat juga perlu me­lakukan perubahan daripada kenaikan harga 30 peratus ini. Mereka perlu bersedia dan berlapang dada menghadapinya selain mengambil langkah sepatutnya.

Rakyat boleh lalui kehidupan yang tidak mewah dan bersederhana. Jadi mereka perlu berjimat cermat, ubah perangai serta gaya hidup.

Menurut Datuk Nadzim, selain hidup secara bersederhana, rakyat juga perlu melakukan sesuatu yang produktif untuk menghadap kenaikan harga barang.

Dalam erti kata lain, rakyat tak boleh duduk diam je la, kan?

Kerajaan nak tarik subsidi, tariklah tetapi kena lihat apa hendak dibuat misalnya, ke mana arah duit subsidi tersebut. Mungkin boleh dijadikan untuk membantu rakyat supaya produktif.

Contohnya pemberian lesen perniagaan atau membantu asnaf yang memerlukan, perumahan kepada orang susah atau menggalakkan penanaman ja­gung.

Katanya, perkara ini penting bagi memastikan kerajaan dapat membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup.

Harap kerajaan dapat melakukan sesuatu yang boleh membantu rakyat Malaysia. Sekarang ni ramai anak muda yang buat dua hingga tiga kerja sehari untuk menampung keluarga di rumah.

Dengan kenaikan harga barang lepas ni, agaknya berapa kerja tambahan lagi yang mereka kena buat untuk tampung diri dan keluarga?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Exit mobile version