Oh! Artis

Puteri Sarah Akui Dia Masih ‘Diganggu’ Walaupun Sudah Bercerai

Published on

Pelakon, Puteri Sarah akui dia masih lagi menerima gangguan di media sosial walaupun konflik rumah tangganya sudah selesai.

Sebab saya pun dah ‘move on’ dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. Jadi, apa-apa je lah.

Menjawab soal gelaran yang diberikan kepadanya seperti janda meletup, Sarah menyatakan dia tidak kisah dengan perkara sebegitu kerana dia pernah berhadapan dengan gelaran yang lebih teruk.

Sarah tak kisahlah korang nak cakap saya apa pun cakaplah. Terpulanglah, itu hak korang. Jadi, kita hanya ketawa sajalah.

Nak cakap apa, cakaplah sebab saya pernah berdepan dengan yang lebih buruk.

Sementara itu, Sarah juga berkongsi bahawa dia kini memiliki perniagaan bersama rakan kongsinya di Jakarta, Indonesia.

Tambahan, aktres itu juga memberitahu dia ingin berehat selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama yang memiliki 100 episod.

Saya ada perniagaan sebenarnya di sana (Jakarta), perniagaan baharu sekarang, Alhamdulillah saya buat bersama rakan kongsi di sana.

Buat masa sekarang, saya nak rehat sebab saya baru je habis 100 episod. Penat lapan bulan shoot. So, sekarang saya berehat dulu sambit itu saya fokus perniagaan saya.

BACA: “No Turning Back” – Puteri Sarah Doa Dapat Jodoh Cepat Macam Nad Zainal Dan Mizz Nina

Sebelum ini, pelakon jelita Puteri Sarah juga berdoa agar dipercepatkan pencarian jodoh seperti selebriti lain.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version