Seorang wanita berdepan dengan ujian apabila kek yang dihasilkan di tempat dia bekerja tidak dapat dijual setelah mengetahui chiller rosak dan panas.
Situasi itu dikongsikan melalui akaun TikTok @shkn.ykb yang menunjukkan hampir kesemua kek yang berada di dalam chiller tersebut sudah cair dan tidak dapat dimakan lagi.
Menurut wanita berkenaan, salah satu chiller yang menempatkan kek itu didapati rosak dan bertukar suhu menyebabkan kesemua kek menjadi cair dan rosak.
Nightmare untuk semua baker. Chiller rosak dan panas.
Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama apabila berhadapan dengan situasi seperti ini ketika bekerja di kedai jualan kek.
Tambahnya, ada yang bertanya apa tindakan yang dilakukan selepas mengetahui keadaan kesemua kek itu.
Ada yang tanya apa jadi dengan semua kek tu. Kami buang semuanya.
Mereka tidak mengetahui berapa lama kek itu telah terdedah dan tercemar. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk membuang kesemua kek dan buat semula yang baharu untuk pelanggan dan ready stock di kedai.