Trending
Polis Berjaya Tahan Suspek Rentas Sempadan Dan Cuba Seludup KFC
Bukan hanya berlaku di Malaysia, rakyat New Zealand pun ada ditahan melanggar perintah kawalan pergerakan Covid-19. Bagaimanapun, kejadian itu lebih melucukan dan agak pelik apabila dua orang lelaki ditahan cuba menyeludup ayam goreng KFC.
Kenderaan mereka yang ditahan pihak berkuasa telah diperiksa dan didapati membawa 3 buah kotak besar ayam goreng, 10 kotak coleslaw, kotak kentang goreng dan wang tunai berjumlah RM291,567.

Mengikut penguatkuasaan yang sedang dijalankan di sana, semua restoran termasuk perkhidmatan membungkus makanan hendaklah ditutup. Orang awam juga dilarang untuk merentas sempadan.
Sewaktu mereka melihat kereta polis, kenderaan itu melakukan pusingan U dan cuba memecut laju. Kenderaan itu diperiksa dan polis menjumpai sejumlah wang tunai dan makanan yang dibungkus.

Jika didapati bersalah, suspek bolehdikenakan dendan melebihi RM11,434 atau penjara selama enam bulan.
Kredit: Mirror
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM