Connect with us

Oh! Media

PMX Usaha Laksana Gelombang Kedua Misi Sumud Nusantara Melalui Pintu Rafah

Ohmedia pmx

Trending

PMX Usaha Laksana Gelombang Kedua Misi Sumud Nusantara Melalui Pintu Rafah

PMX Anwar Ibrahim akan hubungi Presiden Mesir bincang pelaksanaan Misi Sumud Nusantara melalui jalan darat (pintu Rafah).

Walaupun tidak dapat masuk ke Gaza, misi Global Sumud Flotilla (GSF) berjaya mencapai objektif untuk ‘break the silence’ berkenaan penindasan yang dilakukan tentera IDF.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan gelombang kedua Misi Sumud Nusantara yang diwakili beberapa delegasi dari Malaysia.

“Kita harap ia berjaya demi kemanusiaan” – PMX

Dalam laporan Buletin TV3, beliau akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi dalam masa terdekat bagi membincangkan pelaksanaan misi tersebut melalui pintu Rafah.

IKLAN
Pmx

Menurut Anwar, gencatan senjata yang dicapai hasil perjanjian damai antara Hamas dan Israel wajar dihargai dengan peranan besar dimainkan oleh beberapa pemimpin dunia.

Kita harap ia berjaya kerana ia penting untuk kestabilan rantau ini dan kemanusiaan secara keseluruhan.

Tambahnya, pasukan Sumud Nusantara Flotilla kini berada di Sharm el-Sheikh, Mesir untuk membincangkan fasa awal pelaksanaan bantuan.

Saya berharap dapat berhubung dengan Presiden Abdel Fattah el-Sisi dalam beberapa hari akan datang untuk mencadangkan agar beliau membenarkan pasukan kita melalui Mesir ke Rafah dan meneruskan misi bantuan.

Beliau juga telah menyampaikan pesan kepada wakil Sumud Nusantara Flotilla supaya kali ini tidak perlu lagi pergi melalui laut, sebaliknya melalui darat.

Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang memberi sokongan rasmi kepada misi Global Sumud Flotilla, Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleen To Gaza (TMTG).

Pssttt! Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan Malaysia terhadap perjuangan Palestin yang sekian lama tertindas. Dalam situasi dunia yang semakin tenat dengan konflik, usaha seperti ini membuktikan bahawa Malaysia kekal teguh berdiri bersama rakyat Gaza demi kemanusiaan sejagat.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas