Di TikTok, tular satu perkongsian video yang dimuat Dr Kash Mustafa menceritakan mengenai derita yang dilalui seorang pesakit Vaginismus.
BACA: Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin, Suami OCD Pernah Naik Angin Sebab Cuci Beras Tak Ikut Caranya
Menurut Dr Kash, penyakit Vaginismus atau sindrom faraj terkunci adalah satu masalah kesihatan di mana seorang wanita terlalu takut atau fobia untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan sehingga menyebabkan faraj tertutup dan bertukar keras seperti dinding.
Pesakitnya menghantar pesanan mesej mahu membatalkan rawatan kerana telah diceraikan suami. Katanya, rawatan itu sudah tidak bermakna lagi apabila suami nekad untuk berpisah.
Kata Dr Kash, kes diceraikan suami akibat penyakit ini bukanlah perkara baru. Pesakit sememangnya perlu sokongan daripada suami untuk sembuh. Tetapi apa yang paling penting adalah kesembuhan untuk diri sendiri bukannya untuk orang lain.
Maksud vaginismus
Dalam hantaran video lain, doktor ini menjelaskan maksud vaginismus atau faraj terkunci. Jelasnya otot vagina akan mengetat atau mengejang apabila berlaku ransangan.
Tambah doktor ini, penyakit ini memang jarang berlaku dan antara faktornya adalah disebabkan fobia atau anxiety pada malam pertama.
Selain itu, pesakit mungkin pernah dicabul atau mengalami gangguan seksual. Dan ada juga pesakit diserang anxiety apabila membaca berita mengenai kejadian rogol dan membayangkan situasi bahagian faraj terkoyak. Vaginismus juga boleh berlaku kepada ibu-ibu yang fobia dengan pengalaman bersalin yang menyakitkan.
Kredit: TikTok Dr Kash
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.