Apabila kita menceburi bidang perniagaan, sudah pasti kita perlu bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang turut sama mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Menerusi video yang dimuat naik Ain Atiqah di akaun TikToknya, dia yang berniaga makanan jepun, sushi memaklumkan bahawa sushi yang baru sahaja siap untuk dijual akan berulat. Bukan itu sahaja, dia turut jatuh sakit dan pekerjanya juga pernah dirasuk makhluk halus akibat daripada perbuatan terkutuk itu.
Allah uji hambaNya yang mampu
Perkongsian Ain Atiqah ini mendapat perhatian dari warganet. Rata-rata mereka mendoakan agar Ain terus tabah menghadapi ujian perniagaan ini.
Dah tahun 2022 dah pun, masih ada lagi yang nak dengki dengan perniagaan orang lain. Apa salahnya kita ni berniaga sama-sama dan bersaing secara sihat.