Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor menerima maklumat mengenai lokasi perhimpunan #TangkapAzamBaki jam 11 malam tadi.
Lencong lima jalan di Bangsar
Pihaknya mengesan postingviral di media sosial menyatakan jam 11 pagi ini ada beberapa individu akan menganjurkan perhimpunan di stesen LRT Bangsar.
Pihak polis akan membuat lencongan jalan membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.
Jelasnya lagi, selain lencongan jalan, perkhidmatan LRT, MRT di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula pukul 7 pagi hingga 3 petang esok.
Nasihatkan orang ramai tak sertai perhimpunan
Kata Amihizam, polis tidak menerima sebarang pemberitahuan mengenai perhimpunan seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana pihak penganjur perlu memaklumkan kepada polis.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP). Polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang didapati masih berdegil.
Orang ramai yang mempunyai urusan di ibu kota hari ini terutama di kawasan LRT dan Bangsar diminta merancang perjalanan masing-masing kerana terdapat kesesakan jalan raya.