Trending

Peniaga Kena Kompaun RM 10,000 Gara-Gara Benarkan Pelanggan Makan Di Warung

Published on

Di Sungai Petani, seorang peniaga warung dikenakan kompaun RM 10,000 kerana membenarkan pelanggan untuk makan di warung yang terletak di tempat letak kereta Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), hari ini, lapor Harian Metro.

Asisten Komisioner Adzli Abu Shah selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata, pemeriksaan yang dilakukan pada 9.45 pagi itu memperlihat terdapat beberapa pelanggan yang sedang makan di warung berkenaan bertempiaran untuk melarikan diri.

Berikutan pemeriksaan berkenaan, peniaga terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan kompaun kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)

Dilaporkan peniaga itu didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana membenarkan pelanggan untuk dine-in di kedai makan.

Menurut Adzli, pihak polis tidak akan berkompromi dan tidak akan memilih kasih kepada mana-mana individu sekiranya melanggar SOP yang ditetapkan.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version