Trending

Pengeluaran Khas KWSP: Permohonan Bermula 1 April, Bayaran 20 April

Published on

Pencarum yang mahu membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mula memohon bermula 1 April sehingga 30 April 2022.

BACA: Tengku Zafrul Bincang Dengan KWSP, Mudahkan Pengeluaran RM10k

Permohonan berkenaan boleh dibuat secara dalam talian dan terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, KWSP berkata pembayaran akan mula dibuat pada 20 April 2022.

Dalam kenyataan itu, KWSP menjelaskan jumlah maksimum dibenarkan adalah sebanyak RM10,000 manakala jumlah minimum RM50 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan diakses.

Sebarang informasi lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kredit: Facebook KWSP

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version