Oh! Artis

Pengarah Mamat Khalid Disahkan Meninggal Dunia

Published on

Al-Fatihah! Seluruh industri seni tanah air berdukacita dengan berita pemergian pengarah dan pelakon terkenal Mamat Khalid yang meninggal dunia sebentar tadi.

Berita pemergian abang Mamat Khalid dikongsikan Facebook Din Dressa di mana Mamat telah dimasukkan ke Hospital Slim River.

Memetik perkongsian Facebook Yop4ever.com pula, pengarah yang cukup terkenal dengan filem Hantu Kak Limah itu mengalami serangan jantung sebelum jatuh.


Astro Gempak juga telah mengesahkan berita pemergian abang Mamat Khalid sebentar tadi di Instagram.

Bagaimanapun kita masih menantikan pengesahan dari keluarga dan sahabat. Berita penuh menyusul.

Exit mobile version