Seperti yang kita tahu, harga kasut berjenama seperti Nike dan Adidas di pasaran dijual dengan harga ratusan ringgit bahkan ada yang mencecah ribuan ringgit.
BACA: Di ‘Prank’ Sempena Hari Jadi, Netizen Puji Pemilik Mydin Langsung Tak Melenting
Setiap orang pasti akan melakukan apa sahaja termasuklah mengikat perut mereka setiap bulan semata-mata ingin membeli kasut idaman mereka.
Cacah tatu kasut Nike di kaki
Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki di United Kingdom (UK) yang sanggup mencacah tatu kasut kegemarannya pada kaki hanya kerana penat mahu berbelanja dan mengeluarkan duit untuk membeli kasut.
Memetik laporan Utusan, itulah pengalaman yang dialami seorang artis tatu, Dean Gunther, 34, selepas diminta seorang pelanggannya untuk mencacah tatu kasut di kaki.
Menurut Gunther yang ditemubual Daily Mail, pelanggan itu memintanya untuk mencacah tatu reka bentuk kasut jenama Nike pada kedua-dua kakinya.
Saya mahu mencipta ilusi mengenai individu itu sedang memakai kasut walaupun dia hanya berkaki ayam.
Reka bentuk seperti ini sudah pasti menarik perhatian ramai kerana amat berlainan. Malah, pelanggan saya sangat menyukai tatu kasut baharunya.
Gunther turut menambah bahawa dia mengambil masa selama dua jam untuk melakar reka bentuk kasut itu manakala memerlukan lapan jam lagi untuk mencacah tatu pada kaki pelanggannya itu.
Saya melihat imej itu dalam 360 darjah dan kemudian melakar dan mencacah tatu secara bebas.
Tarik perhatian warganet di TikTok
Dean Gunther turut memuat naik videonya mencacah tatu pada kaki pelanggannya itu di TikTok.
Haih macam-macam ragam manusia zaman sekarang. Asalkan kau bahagia lah ye.
Kredit: Utusan | TikTok Dean Gunther
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media