Trending

Peminat Sanggup Berhabis Beli Tiket Loteri Nak Menang Kereta Mewah Tapi Ibu Penganjur Yang Dapat?

Published on

Rasanya memang banyak peraduan cabutan bertuah yang akhirnya dimenangi orang dalam penganjur itu sendiri. Itulah apa yang berlaku di Mexico apabila seorang influencer, Lore Garza mengumumkan ibunya sendiri sebagai pemenang hadiah utama.

Sudah pasti keputusan itu membuatkan peserta yang berhabis mendapatkan tiket loteri berasa kecewa dan marah.

Memetik laporan Oddity Central, Lore Garza anjurkan peraduan khas buat pengikutnya dengan berkonsepkan loteri. Setiap peserta perlu membeli sebanyak mungkin tiket loteri itu jika mahu bawa pulang sebuah kereta SUV, Kia.

Penganjur nafi kemenangan ibunya dirancang

Ia adalah sesuatu yang berada di luar kawalan. Saya tidak tahu siapa yang akan memenangi peraduan ini sebelum cabutan dibuat. – Dakwa Garza.

Garza turut mendakwa orang ramai hanya menjadikannya mangsa dan ingin melihat dia gagal dalam hidupnya.

Orang ramai bagaimanapun menjadi semakin bengang dengan Garza apabila turut tidak memenuhi janjinya yang sebelum ini berkata akan memberikan hadiah bernilai 50,000 peso (RM10,219) kepada lima pemenang bertuah.

Garza kemudian dikatakan akan mempertimbangkan untuk menganjurkan peraduan sekali lagi dan akan membelikan kereta lain buat ibunya. Agaknya kalau kejadian macam ni berlaku dekat Malaysia, apa netizen kita akan buat? Haha!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version