Tadi Ohmedia baru je cerita tentang seorang anggota polis disimbah asid di depan rumahnya. Kali ini pula mengenai seorang pembantu rumah cuba untuk melarikan diri dengan barang-barang majikan yang dipenuhi dalam bagasi.
Siap pakat dengan kawan-kawan dia untuk bawa lori sekali gais! Nasib baiklah hajat pembantu rumah tu tidak kesampaian sebab terkantoi dengan majikannya. Ohmedia ingatkan satu bagasi jer, rupa-rupanya lebih dari lima bagasi.
Antara barang-barang majikan yang pembantu rumah ni ambil adalah beg tangan, pakaian, alat solekan dan lain-lain. Video yang berdurasi 1.02 minit di Twitter itu telah mengundang kemarahan netizen di ruangan komen.
Lepas ni kalau korang nak ambil pembantu rumah, berhati-hatilah. Kalau boleh pasang jer CCTV dekat dalam dan juga di luar rumah. Tweet yang dimuatnaik oleh @Nannaz17 ini telah mendapat 13.4k retweets dan 8k likes di Twitter.
OHMEDIA: SEMOGA PEMBANTU RUMAH INI DIKENAKAN TINDAKAN OLEH PIHAK BERKUASA SEBAGAI PENGAJARAN.
Sumber: Twitter
+ Baca respon pembaca tak suka mencuri di Facebook Oh! Media