Trending

Pemandu ‘Back Hoe’ Sengaja Langgar Kereta JPJ Sampai Terbalik Lepas Kena Saman

Published on

Tak puas hati kena saman punya pasal, seorang lelaki tergamak melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga terbalik menggunakan ‘back hoe’.

BACA : Isteri Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Lain, Bawa Anak Sekali Dalam Bilik Sewa

Menurut laporan Berita Harian, pada awalnya sepasukan anggota JPJ melakukan operasi secara rondaan dan mendapati bahawa ‘back hoe’ tersebut dalam keadaan yang mencurigakan.

Setelah ditahan, pihak JPJ mendapati yang pemandu tersebut tidak mempunyai lesen memandu kelas F sebelum mengeluarkan saman atas kesalahan itu.

Disebabkan marah, pemandu itu tanpa rasa bersalah melanggar kenderaan JPJ itu sehingga terbalik seperti yang dilihat dalam video di atas.

Kalau korang tengok video tu, terdapat anggota JPJ yang cuba memujuk pemandu tersebut tapi tidak dipedulikannya.

Mujurlah tiada anggota JPJ yang tercedera. Boleh tahan kental juga lelaki tu kan? 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version