Berita mengenai pemergian pelakon yang pernah membintangi filem Senario XX itu disahkan sendiri oleh anaknya, Faiz Al-Hajari di laman Facebooknya.
Lebih kurang sebulan yang lalu, Allahyarmah Aripah yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Normah Damanhuri dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.