Trending

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Ketika Ingin Minum Air Di Dapur

Published on

Semalam, berlaku satu kejadian di mana seorang pelajar tingkatan tiga telah ditikam oleh seorang perompak di rumahnya di Seksyen 23, Shah Alam.

BACA: Dakwa Diri Terdengar ‘Bisikan’, Pemuda Tikam Ibu Hingga Mati

Kejadian itu berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari apabila mangsa sedang ke dapur untuk minum air.

Tikam guna pemutar skru

Mangsa terserempak dengan seorang lelaki tempatan yang disyaki perompak sedang bersembunyi di tepi mesin basuh. Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, suspek hanya bersenjatakan sebatang pemutar skru disyaki bertujuan untuk mengumpil pintu rumah tersebut.

Berlaku pergelutan dan mangsa telah ditikam dengan pemutar skru di bahagian perut. – Ketua Polis Daerah Shah Alam

Siasatan mendapati suspek masuk melalui pintu bahagian belakang yang tidak dikunci. Mangsa mengalami luka kecil di bahagian perut dan sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version