Trending

Pelajar Dikompaun Sebab Tak Pakai Mask, Individu Dedah Situasi Sebenar

Published on

Di Twitter, viral perkongsian seorang pelajar mendakwa rakan-rakannya di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) dikompaun RM1500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Tambah merisaukan apabila bayaran kompaun hendaklah diselesaikan dalam masa dua minggu sahaja. Sebagai pelajar, sudah tentulah mereka berasa terbeban dengan jumlah kompaun yang banyak.

Menurut pelajar ini, pada 18 April lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah hadir ke KMPk atas urusan kes keracunan makanan di salah satu kafe di dalam kolej.

Rakannya yang sedang berjalan ke kafe dikatakan menurunkan pelitup muka kerana kesukaran bernafas. Tiba-tiba dia didatangi pegawai KKM dan diberikan kompaun sebanyak RM1500.

Apa yang mengganggu fikiran, sebagai seorang pelajar mereka merasakan jumlah kompaun terlalu banyak dan membebankan.

Tambahan pula mereka tidak mempunyai sumber pendapatan bulanan, hanya bergantung kepada elaun sebanyak RM250.

Berkenaan saman melanggar SOP pula, mereka mengambil pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kredit: ainurjannxh

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version